Bengkak susu pada ibu kucing lazimnya terjadi kerana masalah pengeluaran susu seperti tersumbat, jangkitan atau radang (inflamed). Namun terdapat juga kes seperti di atas iaitu faktor yang tiada berkaitan dengan masalah kesihatan. Ianya terjadi kerana pengeluaran susu tidak dapat dilakukan akibat kematian anak.
Cara mengatasi bengkak susu pada ibu kucing
- Menjadi ibu tumpang. Dapatkan anak2 kucing dari ibu kucing yang lain terutama mereka yang kehilangan ibu.
Gambar dari koleksi DC - anak kucing stray bernama Tomot (di sebelah kiri sekali) tumpang menyusu dari Betty |
2. Gunakan 'warm compresses' untuk mengeluarkan susu ibu kucing tersebut. Pelbagai
jenis warm compresses yang boleh kita dapati di farmasi, seperti di bawah..
jenis warm compresses yang boleh kita dapati di farmasi, seperti di bawah..
Compresses dari gel heat pack - kena balut dgn tuala utk dptkan tahap kepanasan yang suam |
Antara hot/warm compresses yang terdapat di pasaran |
Nak lebih mudah? Letak segenggam beras ke dalam kain kapas dan panaskan di dalam microwave atau oven seketika. Hasilnya kain tersebut akan kekal suam panas lebih lama. Malah kucing anda mungkin akan tidur di atasnya :) Besar saiz kain tu bergantung pada anda.
Terdapat lagi satu cara - gunakan kain yang dibasah dengan air panas. Cara ini untuk memastikan kain atau tuala yang digunakan dapat dinyahkuman. Gunakan ketika kain tersebut berada di tahap suam. Lakukan 3-4 kali sehari.
3. Berjumpa dengan vet. Amat penting berjumpa dengan vet kerana bengkak boleh
mengakibatkan masalah yang lebih serius seperti mastitis, demam dan tiada selera
makan.
mengakibatkan masalah yang lebih serius seperti mastitis, demam dan tiada selera
makan.
Harap ini dapat membantu saudari Namie :)
Sumber :