Jumat, 04 Maret 2011

Akta Pesalah Laku Jenayah Terhadap Haiwan

Percaya atau tidak, Akta Haiwan 1953 Seksyen 44 hanya mengenakan hukuman denda maksima berjumlah RM200 (sahaja?) atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya terhadap pesalah laku yang melakukan kekejaman ke atas haiwan?  Kalau tahun 1953 boleh la.. tapi nilai RM200 di tahun 2011?  Ini menggambarkan betapa tidak seriusnya pihak kerajaan dalam menangani penganiayaan terhadap haiwan :(


Berikut ialah sedikit petikan dari Akta tersebut -





Sila klik LINK atau LINK ini untuk membaca atau merujuk keseluruhan Akta Haiwan 1953.




Perasaan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai undang-undang dan hukuman yang dikenakan kepada mereka yang mendera haiwan timbul apabila saya melayari laman web SPCA, menyaksikan gambar2 haiwan yang dizalimi :(   Menitik air mata tanpa disedari. Alangkah kejamnya mereka yang bernama manusia yang mempunyai akal dan fikiran dalam membezakan perkara baik dan buruk.


MAAF! Entri kali ni tiada imej sebab saya tak sanggup melihat atau memiliki gambar haiwan yang didera. Saya terlalu soft! dan mudah mengalirkan air mata...


Menurut halaman SPCA, mereka telah memperjuang agar denda berjumlah hanya RM200 itu dinaikkan kepada RM10,000 dan tempoh hukuman penjara dinaikkan dari 6 bulan kepada 2 tahun - sejak 10 tahun yang lalu.   Akta Perlindungan Haiwan di England pun telah mengemaskini Akta 1911 mereka, di mana pesalah laku boleh dikenakan hukuman denda sehingga £20,000 (RM100,000) dan setahun penjara! Bila ya Malaysia boleh peka dan memberi perhatian terhadap undang2 haiwan seperti ini?


Di sini saya mengambil kesempatan merayu kepada pencinta haiwan agar tampil membuat laporan tanpa rasa takut atau segan silu  jika anda melihat, mensyakki atau mengetahui berlakunya penderaan ke atas mereka.


Jika anda syak berlaku sesuatu yang mencurigakan sila isi 
BORANG LAPORAN SPCA secara online

dengan klik --> LINK 
ATAU 
jika situasi kecemasan yang memerlukan tindakan segera sila
dapatkan NASIHAT dengan menghubungi
03-42565312/ 42535179







◄ Newer Post Older Post ►