Kamis, 10 Februari 2011

Kucing jenis 'Pointed'

Kucing 'pointed' bermaksud kucing yang mempunyai corak pada bulu di mana warna gelap hanya terdapat di penghujung (point) bahagian anggota badan seperti muka (hidung), telinga, kaki dan tangan serta ekor, sementara badan pula berwarna cerah. Ini lah corak yang menjurus kepada pada kucing siam.


Corak ini sebenarnya bukan sahaja terdapat pada kucing Siam tetapi juga pada kucing pointed baka Ragdolls, Birmans, Balinese, dan Tonkinese. Lain-lain baka yang bukan kucing pointed seperti Siberian, Cornish Rex, dan Exotic Shorthair juga boleh mempunyai corak pointed.  Satu-satunya perkara yang sama yang ada pada semua kucing jenis pointed ialah mata biru.






Lilac Point Siamese Cat




Kucing pointed secara umumnya dilahirkan dengan warna cerah dan berubah menjadi warna gelap bila meningkat dewasa. Paten pada points boleh jadi warna padu (solid) dan belang (tabby).







Beberapa warna yang terdapat pada kucing pointed ialah :

Seal point - mempunyai warna padu (solid) seperti hitam dan coklat gelap pada points








Blue point - mempunyai warna kelabu gelap atau perang pada points





Lynx point - mempunyai belang (tabby) pada points





◄ Newer Post Older Post ►