Berikut adalah spesies-spesies Mulberi yang diterima umum setakat ini:
|
|
PENANAMAN
- Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam hanya menggunakan anak benih atau keratan batang.
- Namun selepas ia mengalami pertumbuhan pantas pada peringkat mula tanam, pertumbuhan pokok Mulberi biasanya akan mula menjadi lambat (ambil masa antara 8-10 bulan untuk matang).
- Tinggi pokok Mulberi biasanya antara 5-6 kaki.
- Jarak penanaman pokok Mulberi boleh dibuat antara 6 kaki x 6 kaki atau 8 kaki x 8 kaki.
- Pemangkasan dibuat setiap 3-4 bulan sekali (seperti prunning pokok bunga raya) untuk galakkan pengeluaran pucuk (biasanya setiap batang akan hasilkan 8-10 pucuk selepas memangkas)
- Pembajaan pokok boleh dilakukan sebulan sekali pada tahun pertama dengan menggunakan baja NPK 15:15:15 TE dan untuk tahun kedua, pembajaan yang sama boleh dilakukan setiap 2-3 bulan/sekali. boleh juga guna bahan tinja/kompos untuk tujuan tingkatkan kesuburan tanah.
- pokok mulberi jarang kena penyakit.
Daun pokok Mulberi berurat jejala, bercuping dan menggergaji di bahagian tepi. daunnya boleh dikutip setiap 3-4 bulan sekali untuk dijadikan bahan tambahan makanan ternakan.
Buah Mulberi merupakan buah yang bernodul majmuk (seperti buah nenas, mengkudu) yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan 1 cm meter lebar, berwarna putih kehijauan ketika mula berbuah dan ungu tua bila capai tempoh matang, dan ia enak dimakan segar. Boleh juga diproses menjadi jem, jus, perasa makanan